Umat Islam diajak memperingati peristiwa Israk dan Mikraj

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 17 Januari – Seluruh umat Islam khususnya di Pahang, diajak memperingati peristiwa Israk dan Mikraj.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mengajak umat Islam di Pahang memperingati peristiwa Israk dan Mikraj dengan penuh penghormatan kepada kebesaran Allah SWT.
  • Menjadikan Israk dan Mikraj peringatan untuk mengutamakan solat sebagai asas pembentukan insan beriman.
  • Menegaskan kepentingan kekuatan rohani, keikhlasan ibadah dan keluhuran akhlak bagi kesejahteraan masyarakat.
  • Berharap sambutan menjadi pemangkin keberkatan, kesejahteraan dan perpaduan bagi Pahang serta seluruh ummah.

Perkara itu dinyatakan Sultan Pahang, Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Baginda berdua turut mengajak umat Islam untuk menjadikan peristiwa Israk dan Mikraj sebagai peringatan yang mendalam akan kebesaran Allah SWT serta keutamaan solat sebagai asas pembentukan insan beriman.

“Peristiwa agung ini mengingatkan kita bahawa kekuatan rohani, keikhlasan ibadah dan keluhuran akhlak adalah tunjang kepada kesejahteraan diri, keluarga dan masyarakat.

“Melaluinya, umat Islam dituntut untuk terus memperteguh iman, memelihara perpaduan serta melaksanakan amanah dengan penuh tanggungjawab,” titah baginda berdua menerusi hantaran di Facebook Kesultanan Pahang.

Baginda berdua turut berharap sambutan Israk dan Mikraj ini menjadi pemangkin kepada kehidupan yang lebih diredai Allah SWT.

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah juga mendoakan agar sambutan Israk dan Mikraj membawa keberkatan dan kesejahteraan berpanjangan kepada Pahang dan seluruh ummah.