SHAH ALAM, 18 November – Selangor mempertimbangkan penggunaan MyDigital ID bagi mempertingkatkan kecekapan pentadbiran di semua jabatan kerajaan negeri.
RINGKASAN BERITA AI
- Selangor pertimbang guna MyDigital ID untuk tingkatkan kecekapan pentadbiran jabatan kerajaan negeri.
- Cadangan dibentang dan diluluskan dalam Mesyuarat Kerajaan Negeri baru-baru ini.
- Inisiatif selari dengan usaha Kerajaan Persekutuan untuk memudahkan urusan rakyat.
- Pelaksanaan dirancang meliputi hal berkaitan kerajaan negeri khususnya proses pentadbiran.
- Perbincangan dibuat susulan soalan ADUN Jeram mengenai hasrat ikut jejak Kerajaan Persekutuan.
Exco Pelaburan Selangor, Ng Sze Han berkata cadangan tersebut dibentangkan dan diluluskan dalam Mesyuarat Kerajaan Negeri baru-baru ini, sebagai langkah mempertingkatkan kecekapan pentadbiran.
Beliau menegaskan, inisiatif itu sejajar dengan usaha Kerajaan Persekutuan sekali gus memudahkan urusan rakyat serta pentadbiran negeri.
Terdahulu, beliau menjawab soalan tambahan Ahli Dewan Negeri (ADUN) Jeram, Datuk Harrison Hassan, berhubung hasrat Selangor mengikut jejak langkah Kerajaan Persekutuan untuk menggunakan MyDigital ID khususnya hal berkaitan kerajaan negeri.