Ribut petir, hujan lebat dijangka landa lima negeri hingga 5 petang

PETALING JAYA, 21 Oktober – Jabatan Meteorologi (MET Malaysia) mengeluarkan amaran amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan lima negeri sehingga 5.00 petang ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Amaran tutup: hujan lebat, ribut petir dan angin kencang dijangka hingga 5.00 petang.
  • Kawasan terjejas termasuk Kedah (Langkawi), Negeri Sembilan (Tampin) dan Melaka.
  • Di Johor, daerah terlibat ialah Tangkak dan Muar.
  • Sabah terjejas luas: Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Tambunan) dan Pantai Barat.
  • Amaran dikeluarkan bila intensiti hujan >20 mm/jam dan sah sehingga enam jam per keluaran.

MET Malaysia menerusi kenyataan memaklumkan kawasan yang terlibat ialah Kedah (Langkawi), Negeri Sembilan (Tampin) dan Melaka, manakala di Johor melibatkan Tangkak dan Muar.

Kawasan lain yang dijangka dilanda ribut petir, hujan lebat dan angin kencang ialah Sabah melibatkan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan) dan Pantai Barat iaitu Papar, Putatan, Penampang.

Selain itu turut terlibat kawasan Kota Kinabalu, Tuaran, Kota Belud, Sandakan dan Kudat.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.