fb fb fb fb fb

UniMAP buru kejuaraan ke-13 SUKUM

ARAU, 3 September- Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berikrar bagi memburu kejuaraan kali ke-13 pada Kejohanan  Sukan Staf Universiti Awam Malaysia (SUKUM) yang bakal berlangsung pada 17 September hingga 24 September ini di Universiti Putra Malaysia (UPM).

Naib Canselor UniMAP, Profesor Dr Zaliman Sauli berkata, sebelum ini UniMAP telah menjadi juara keseluruhan sebanyak 12 kali berturut-turut di kejohanan dwitahunan berkenaan sekali gus mengharapkan kontinjen UniMAP dapat mengekalkan kejuaraan edisi kali ini.

Sasaran tersebut ditetapkan dalam usaha mengekalkan pencapaian selaku juara keseluruhan SUKUM yang disandang sejak tahun 2008 yang lalu.

Tambahnya, atlet UniMAP berupaya mencapai kejayaan yang disasarkan sekiranya sentiasa fokus kepada kejayaan, berfikiran positif, mempunyai keyakinan tinggi dan tidak bersikap sambil lewa.

Beliau memaklumkannya pada Majlis Penyerahan Bendera dan Amanat Naib Canselor Kejohanan SUKUM di Kampus UniMAP Kubang Gajah, Arau.

Antara acara yang disasarkan menjadi penyumbang emas ialah olahraga, tenpin boling, bola tampar lelaki dan wanita, bola sepak senior, dart, badminton, dan petanque.

Pada kejohanan SUKUM kali ini, UniMAP menghantar seramai 181 atlet dan pegawai untuk mengambil bahagian dalam 14 acara antaranya Badminton, Basikal, Bola Sepak (Senior), Bola Sepak (Veteran), Bola Tampar (Lelaki), Bola Tampar (Wanita), Dart, Olahraga, Tenpin Boling , Sepak Takraw, Ping pong, Golf, dan Catur.


(Naib Canselor UniMAP, Profesor Dr Zaliman Sauli menyerah bendera UniMAP kepada
Pendaftar UniMAP yang juga Ketua Kontinjen SUKUM UniMAP, Saad Din.)

Media Baharu