fb fb fb fb fb

TFC kumpul tajaan lebih RM9 juta hadapi Liga Malaysia 2023

(FOTO FAIL)

KUALA NERUS, 2 Januari - Pasukan Terengganu FC (TFC) berjaya mengumpul tajaan berjumlah lebih RM9 juta bagi menghadapi permulaaan bola sepak Liga Malaysia 2023.

Jumlah itu termasuk tajaan dalam bentuk kewangan sebanyak RM5 juta daripada 15 rakan penaja.

Ketua Pegawai Eksekutif TFC, Ab. Rasid Jusoh berkata anggaran perbelanjaan bagi musim ini dijangka meningkat sehingga RM28 juta berikutan pertambahan bilangan perlawanan Liga Super dan Kejohanan Piala AFC.


(Ketua Pegawai Eksekutif TFC, Ab. Rasid Jusoh bercakap pada sidang media selepas menerima 
tajaan RM250,000 selama setahun daripada Sabasun Hyperruncit Sdn. Bhd.)

"Kita juga mempunyai jumlah perlawanan liga yang banyak pada musim ini berbanding pada tahun sebelumnya, jadi kita usaha, kita bagi mendapatkan penajaan dan berusaha melalui penjanaan pendapatan kita lah, khususnya penajaan lepas itu dari segi 'gate collection' lepas itu dari segi perniagaan-perniagaan yang kita jalan kan," kata beliau ketika ditemui pemberita selepas menerima tajaan RM250,000 selama setahun daripada Sabasun Hyperruncit Sdn. Bhd. yang diwakili Pengarah Urusan, Che Salmi Che Ibrahim, di sini.

Pihaknya juga kini giat meningkatkan jumlah tajaan serta menambah pendapatan kelab melalui pelbagai aktiviti perniagaan.

Media Baharu