fb fb fb fb fb

Terbuka Indonesia: Zii Jia, Jun Hao akur tewas di suku akhir

Foto FB BAM

JAKARTA, 7 Jun- Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia gagal ke peringkat separuh akhir Terbuka Indonesia 2024, selepas tumpas kepada pemain Thailand, Kunlavut Vitidsarn.

Saingan yang berlangsung di Istora Senayan itu menyaksikan pemain berusia 26 tahun itu menampilkan aksi hambar.

Zii Jia yang dalam persiapan ke Sukan Olimpik Paris 2024 kecundang dengan straight set 21-16 dan 21-17.

Kekalahan Zii Jia yang juga ranking ketujuh dunia itu secara tidak langsung menyaksikan Kunlavut kembali mengikat rekod kemenangan empat sama selepas lapan pertemuan antara mereka berdua.

Dalam pada itu, seorang lagi wakil perseorangan negara, Leong Jun Hao juga tidak berupaya meneruskan rentak cemerlangnya.

Jun Hao dikecewakan pilihan keenam dari China, Li Shi Feng 11-21, 12-21 dalam tempoh 43 minit.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM