fb fb fb fb fb

Terbuka Indonesia: Li Shi Feng terlalu gagah buat Jun Hao

Pemain badminton perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao / Foto Facebook BAM

JAKARTA, 6 Jun – Hasrat pemain perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao untuk melangkah lebih jauh dalam kejohanan Terbuka Indonesia 2025 tidak kesampaian apabila beliau tewas kepada pemain China yang juga pilihan keempat kejohanan, Li Shi Feng dengan keputusan straight set.

Dalam perlawanan yang berlangsung selama 54 minit, Jun Hao memberi tentangan sengit namun terpaksa akur kepada kehebatan pemain ranking ke-4 dunia itu dengan keputusan 18-21, 15-21.

Kekalahan Jun Hao bermakna tiada lagi wakil negara beraksi dalam acara perseorangan lelaki di terbuka tersebut.

Li Shi Feng bakal menentang wakil Taiwan, Chou Tien Chen yang sebelum itu menewaskan pemain Perancis, Christo Popov dalam perlawanan tiga set 21,18, 9-21, 21-17.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD