fb fb fb fb fb

Terbuka India 2023: Pearly-Thinaah berdepan cabaran sukar dalam rebut slot ke final

KUALA LUMPUR, 21 Januari - Episod hitam di Terbuka Malaysia minggu lalu akhirnya berjaya dipadam oleh dua beregu negara yang meneruskan cabaran di saingan separuh akhir Terbuka India 2023 malam ini.

Beregu wanita, Pearly Tan dan M. Thinaah serta beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik bagaimanapun berdepan laluan sukar apabila dijadual bertemu pilihan kedua kejohanan dalam kategori masing-masing.

Beregu wanita negara, Pearly dan Thinaah sebelum ini tersingkir di pusingan awal dalam saingan pembuka musim jelajah BWF di Terbuka Malaysia minggu lalu.

Namun, pasangan nombor 8 dunia itu dilihat kembali ke prestasi sebenar apabila berjaya mara sehingga ke separuh akhir Terbuka India setelah mengatasi gandingan Jepun, Rin Iwanaga-Kie Nakanishi 21-13, 21-13 semalam.

Misi mereka untuk memburu gelaran kedua bagaimanapun dilihat sukar apabila lawan yang bakal ditemui di separuh akhir malam ini ialah pilihan kedua dari Jepun, Nami Matsuyama-Chiharu Shida.

Berdasarkan rekod pertemuan, pasangan negara hanya pernah menang sekali ke atas lawan mereka itu dalam 7 perlawanan sebelum ini.

Media Baharu