fb fb fb fb fb

Terbuka China: Perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao mara ke pusingan seterusnya

Leong Jun Hao/Foto Bernama

CHANGZHOU, 22 Julai - Pemain perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao mara ke pusingan seterusnya selepas menundukkan pemain Jepun, Kenta Nishimoto 21-15 21-18 dalam masa 45 minit.

Di pusingan kedua, Jun Hao dijadual bertemu jaguh dunia, Kunlavut Vitidsarn dari Thailand.

Vitidsarn mara selepas menewaskan wakil Indonesia, Alwi Farhan 10-21 21-15 21-18.

Turut berjaya ke pusingan seterusnya adalah pemain China, Li Shi Feng, Han Yue dan Chen Yu Fei.-REUTERS

ASHRIQ FAHMY AHMAD