fb fb fb fb fb

Terbuka China: Hon Jian - Muhammad Haikal kandas di pusingan awal

Pasangan beregu lelaki negara, Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri/Foto AFP

KUALA LUMPUR, 22 Julai - Beregu lelaki negara, Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri tumpas seawal pusingan pertama Kejohanan Badminton Terbuka China 2025 yang berlangsung di Changzhou hari ini.

Gandingan ranking ke-53 dunia itu ditunjukkan jalan keluar dari kejohanan Super 1000 tersebut oleh beregu ranking ke-210 dari Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Shohibul Fikri 11-21, 10-21 dalam tempoh 23 minit.

Dalam saingan perseorangan lelaki pula, Leong Jun Hao mudah melangkah ke pusingan kedua apabila menewaskan wakil Jepun, Kenta Nishimoto 21-15, 21-18.

Lawan Jun Hao di pusingan kedua esok ialah pilihan pertama kejohanan dari Thailand, Kunlavut Vitidsarn.

Terdahulu, beregu campuran negara Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien mara ke pusingan seterusnya apabila bangkit dalam pertembungan tiga set menentang gandingan India, Rohan Kapoor-Ruthvika Shivani Gaddem, 25-27, 21-16, 21-14.

Pasangan negara itu berdepan tugas getir apabila dijadual menentang gandingan tuan rumah yang juga pilihan pertama kejohanan, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping esok.-BERNAMA

ASHRIQ FAHMY AHMAD