fb fb fb fb fb

Terbuka China, Aaron Chia-Soh Wooi Yik ke pusingan kedua

Beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik/foto Bernama

CHANGZHOU, 23 Julai – Beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik tidak berdepan masalah besar untuk melangkah ke pusingan kedua Terbuka China selepas mencatat kemenangan selesa pada aksi pembukaan hari ini di Pusat Gimnasium Sukan Olimpik Changzhou.

Pasangan di ranking keempat dunia itu menewaskan gandingan Denmark, Rasmus Kjaer-Frederik Sogaard straight set, 21-19, 21-15 dalam tempoh 41 minit.

Set pertama menyaksikan persaingan seimbang antara kedua-dua beregu, namun pengalaman dan ketenangan Aaron-Wooi Yik menjadi pemisah apabila mereka menamatkan set dengan kemenangan tipis 21-19.

Pada set kedua, beregu negara tampil dengan corak permainan lebih agresif dan berjaya menguasai gelanggang sepenuhnya sebelum mengesahkan kemenangan 21-15.

Mereka dijadual bertemu pemenang perlawanan antara pasangan Perancis, Christo Popov-Toma Junior Popov, dan beregu Kanada, Kevin Lee-Ty Alexander Lindeman, di pusingan kedua esok.

AZRUL FAIZAL JUSOH