fb fb fb fb fb

Tenis Selangor optimis bawa pingat pada SUKMA ke-20

KELANA JAYA, 27 Ogos - Persatuan Tenis Selangor optimis pemainnya mampu membuat kejutan dengan memenangi pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) ke-20 pada bulan depan.

Ini kerana skuad itu dibarisi pemain-pemain muda yang cukup berpengalaman dan memiliki kualiti untuk bergelar juara.

Exco Persatuan Tenis Selangor, Adam Jaya yang juga jurulatih skuad tenis Sukma Selangor berkata anak buahnya kini sedang giat menjalani persiapan ke temasya tersebut dan berada pada tahap terbaik.

"Kita ada pingat dan kita juga ada kumpulan pemain yang bagus yang pernah menyertai di sukan SEA dan juga pernah tampil dalam bermain dalam piala Davis. Yang paling penting memastikan keadaan pemain berada pada tahap persediaan yang tinggi, dan bersedia untuk menghadapi perlawanan" kata Adam Jaya di sini.

(Adam Jaya ditemui pemberita ketika
perlawanan akhir Kejohanan Tenis Asia Remaja bawah 14 tahun, di sini)

Tambah Adam lagi, SUKMA kali ini bakal menyaksikan persaingan kompetitif dalam sukan tenis kerana semua negeri telah pun mula melahirkan pemain-pemain yang berprestasi tinggi.


Media Baharu