fb fb fb fb fb

Sultan Nazrin perkenan penganjuran Piala Sultan Azlan Shah 2022

FOTO KESATUAN HOKI MALAYSIA

KUALA LUMPUR, 24 Januari - Peminat hoki tanah air bakal kembali disajikan dengan aksi hoki bertaraf antarabangsa apabila Piala Sultan Azlan Shah 2022 akan dipertandingkan pada bulan November ini.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah memperkenankan tarikh penganjuran Piala Sultan Azlan Shah 2022 untuk diadakan pada 15 hingga 25 November 2022.

Perkara tersebut dimaklumkan Sultan Nazrin selepas delegasi Kesatuan Hoki Malaysia (KHM) yang diketuai Presidennya, Datuk Seri Subahan Kamal menghadap baginda di Istana Hinggap Perak,di sini.

Datuk Seri Subahan turut memaklumkan tentang perkembangan dan perancangan yang dibuat oleh KHM kepada Sultan Nazrin termasuk penganjuran Piala Sultan Azlan Shah 2022.

Turut hadir Timbalan Presiden KHM, Prof. Datuk Dr. S. Shamala serta Presiden Persatuan Hoki Perak (PHA), Mohd Sayuti Abd Samat.

Piala Sultan Azlan Shah tidak diadakan tahun lalu akibat penularan COVID-19.

Media Baharu