fb fb fb fb fb

SUKMA 2022: Emas pertama buat kontinjen Sabah

PUTRAJAYA, 21 September- Kontinjen Sabah mendapat emas pertama dari sukan angkat berat di Temasya Sukan Malaysia SUKMA Ke-20 Majlis Sukan Negara, MSN hari ini.

Atlet kebangsaan, Elly Cascandra Engelbert menepati ramalan apabila menjuarai acara angkat berat wanita bawah 55 kilogram.


(Atlet kebangsaan, Elly Cascandra Engelbert berjaya menyumbangkan emas pertama)

Dalam acara Snatch, Elly melakukan angkatan 76 kilogram.

Manakala bagi acara clean & jerk, elly dapat melakukan angkatan terbaik 93 kilogram.

Elly melakukan angkatan 169 kilogram untuk menghadiahkan emas pertama buat kontinjen sabah.

Perak milik atlet Sarawak, Marthini Chan dan gangsa milik atlet Terengganu, Alia Adani Johari.

Acara lain akan bersambung pukul 2 nanti antaranya angkat berat wanita bawah 59 kilogram, lelaki bawah 67 kilogram dan lelaki bawah 73 kilogram.

Media Baharu