fb fb fb fb fb

Sukan Komanwel 2022: Angkat berat cemerlang, rangkul dua emas buat Malaysia

BIRMINGHAM, 31 Julai - Belum pun reda dengan kejayaan emas pertama buat Malaysia, lagu Negaraku berkumandang sekali lagi di bumi Birmingham semalam selepas, kem angkat berat negara terus cemerlang apabila meraih emas kedua.

Kali ini menerusi Muhamad Aznil Bidin dalam kategori 61kg lelaki dengan angkatan keseluruhan 285kg yang juga rekod baharu kejohanan.


(Muhamad Aznil Bidin meraih emas kedua kategori 61kg pada temasya Sukan Komanwel di NEC Birmingham)

Alhamdulillah. Syukur dan saya rasa happy (gembira) dapat memenangi pingat ini (emas) sekali gus mempertahankan kejuaraan di Gold Coast, Australia empat tahun lalu,".

Atlet angkat berat negara, Muhamad Aznil Bidin berkata demikian sejurus selepas muncul juara kategori 61 kilogram (kg) pada Sukan Komanwel 2022 di sini.

Dalam disiplin Snatch, Aznil melakukan angkatan 127kg diikuti angkatan 158kg dalam disiplin Clean And Jerk.

Pingat perak dan gangsa masing-masing dimiliki wakil Papua New Guinea dan India.

Kejayaan itu menyaksikan Aznil mempertahankan pingat emas di Gold Coast, Australia pada 2018.

Dengan sasaran enam pingat emas, kini hanya tinggal empat emas lagi dicari kontinjen negara.

Selain angkat berat, antara acara sandaran lain adalah berbasikal, terjun, badminton, gimrama, boling padang dan powerlifting.

Kejayaan ini turut mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Perdana Menteri mengucapkan tahniah kepada dua atlet angkat berat negara tersebut yang merangkul pingat emas dalam kategori masing-masing dengan melakar rekod baharu kejohanan.

Beliau juga berharap lebih ramai atlet kebangsaan terus menyumbang pingat buat negara dan terusk mengekalkan momentum.

Pencapaian membanggakan itu turut disambut gembira Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Faizal Azumu.

Beliau menerusi media sosial sempat mengucapkan tahniah kepada Aniq dan Aznil di atas kejayaan mereka.

Datuk Seri Ahmad Faizal juga sempat berbual bersama Aznil yang menghadiahkan emas kedua negara menerusi panggilan telefon.

Media Baharu