fb fb fb fb fb

Sukan Asia: Skuad sepak takraw mara ke final antara regu

(FOTO RTM)

HANGZHOU, 7 Oktober- Kontinjen negara dilihat berpeluang menambah pingat emas pada Temasya Hangzhou apabila sepak takraw berjaya menempah slot final menerusi acara regu lelaki.

Malaysia dijadual menentang Thailand pada saingan akhir, 9 pagi ini.

Terdahulu, regu lelaki negara berjaya melangkah ke saingan akhir selepas menewaskan Filipina, pada Jumaat.

Pada aksi separuh akhir yang berlangsung sengit itu, menyaksikan skuad negara menundukkan pasukan lawan 2-0.

Saingan yang berlangsung di Gimnasium Pusat Sukan Jinhua itu menyaksikan regu negara dibarisi, Mohamad Azlan Alias, Amirul Zazwan Amir dan Mohammad Syahir Mohd Rosdi tidak berdepan masalah mengatasi trio Rheyjey Ortouste, Jason Huerte dan Ronsited Gabayeron 21-15, 21-11.

Saingan akhir hari ini juga akan menjadi medan terbaik untuk regu negara membalas dendam kekalahan pada saingan akhir acara regu berpasukan lelaki minggu lepas.


(FOTO RTM)

Media Baharu