fb fb fb fb fb

Southgate tidak terburu-buru sebelum pertimbang masa depan bersama 'Three Lions'

DOHA, 11 Disember-Pengurus England, Gareth Southgate berkata dia akan mengambil masa sebelum membuat keputusan berkaitan masa depannya bersama England.

Kenyataan itu hadir selepas pasukan bimbingannya tewas ditangan Perancis pada suku akhir Piala Dunia pagi tadi.

Juara bertahan, Perancis menang 2-1 di Stadium Al-Bayt dengan Kapten England, Harry Kane mensia-siakan sepakan penalti di saat-saat akhir permainan bagi mengikat kedudukan permainan.

Southgate dilaporkan turut berkata dia perlu menilai keseluruhan perkara sebelum membuat keputusan berkaitan peranannya sebagai Pengurus skuad 'Three Lions'

(Reaksi Pengurus pasukan England, Gareth Southgate (kiri) dan penyerang England,
Harry Kane(kanan) sejurus perlawanan menentang Perancis /Foto Ihsan FIFA) 

'Saya perlu membuat keputusan tepat kerana terlalu banyak perkara yang dilalui melibatkan emosi dan tenaga sepanjang kejohanan ini. Saya perlu membuat keputusan tepat untuk pasukan, dan Persatuan Bola Sepak England", katanya kepada media.


Jurulatih itu juga turut melahirkan pujian kepada prestasi England sepanjang kempen Piala Dunia di Qatar dan menyifatkan perlawanan menentang Perancis merupakan perlawanan terbaik yang pernah disaksikannya sepanjang bergelar pengurus.

"Mereka semakin hampir mencipta kejutan. Kami menguasai perlawanan dan membuat banyak percubaan ke arah pintu gol. Pasukan menunjukkan karakter sebenar bagi bangkit dari ketinggalan. Para pemain memberikan segala-galanya", katanya lagi kepada media.

Di bawah kendalian Southgate, England berjaya mara ke separuh akhir Piala Dunia di Rusia pada 2018 dan menjadi naib juara Piala Eropah pada tahun lalu.-AFP

Media Baharu