fb fb fb fb fb

SOP Liga Malaysia kekal



TANJUNG MALIM, 17 Februari- Pengajuran kejohanan bola sepak Liga Malaysia tahun ini masih mengguna pakai Prosedur Operasi Standard (SOP) yang sama seperti tahun lalu.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengingatkan pihak yang terlibat untuk sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"SOP yang sekarang ni masih terpakai seperti yang telah ditetapkan dalam Liga Sukan Malaysia,

"Kami mengharapkan kes tidak akan meningkat namun perkara yang sentiasa diamalkan iaitu kawalan kendiri yang jauh lebih penting mengawal penyebaran wabak ini," jelasnya dalam Majlis Perasmian Program Penutupan Mengenalpasti Bakat Murid Tahun 2022 di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim.

Program itu bertujuan mengenalpasti bakat-bakat baru untuk diserap sebagai atlet di sekolah sukan negeri Perak.

Seramai 264 pelajar akan dinilai melibatkan beberapa acara sukan termasuk bola sepak, hoki, memanah, bola jaring dan sepak takraw.

Media Baharu