fb fb fb fb fb

SOJC 2024 : Young Tigers dimalukan Great Britain

Facebook HokitaMY

JOHOR BAHRU,24 Oktober-Nasib malang terus menghantui pasukan remaja negara selepas tewas buat kali keempat berturut-turut dalam aksi yang berlangsung di Stadium Hoki Taman Daya. malam tadi (Rabu).

Kali ini giliran pasukan Great Britain meranapkan impian Young Tigers, dengan keputusan 2-1 sekali gus membuatkan pasukan negara terperosok di tangga tercorot.

Great Britain berada di depan pada minit ke-15, melalui pukulan penalti yang disempurnakan Kaden Draysey.

Anak buah I. Vikneswaran kembali mengikat kedudukan hasil jaringan padang Che Nur Aqilrullah pada minit ke-17.

Great Britain menggandakan jaringan, menerusi jaringan padang pada minit 53, yang disudahkan Monty Neave. 

Selepas empat perlawanan, Great Britain kini menghuni tangga keempat , berkongsi tujuh  mata dengan Australia. 

Sementara itu, jurulatih pasukan remaja kebangsaan I. Vikneswaran tetap berpuas hati dengan tahap  kecergasan anak buahnya, berikutan tiada sebarang kecederaan berlaku sepanjang empat perlawanan.

Beliau juga memuji peningkatan  tahap kecergasan pemain meskipun berlatih dalam masa singkat.

Tambahnya, perlawanan menentang Australia pada 25 Oktober nanti merupakan satu peluang kepada skuad Young Tigers memperoleh sekurang-kurangnya satu mata meskipun berdepan tentangan sengit pasukan lawan.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD