fb fb fb fb fb

Skuad Ragbi Terengganu menerima tajaan Klinik Perubatan Hijraa Healthcare Sdn Bhd

KUALA NERUS, 16 Ogos - Sukan ragbi menjadi pilihan utama Klinik Perubatan Hijraa Healthcare Sendirian Berhad untuk sebarang penajaan berkaitan sukan bawah aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat itu.

Syarikat milik perkhidmatan kesihatan bumiputera itu merupakan antara penaja utama skuad ragbi Terengganu sejak lima tahun lalu.

Ahli Lembaga Pengarahnya, Doktor Hazmuhaimin Hashim berkata beliau amat berbangga apabila pasukan ragbi negeri daripada bawah pengurusan pihak Persatuan Ragbi Negeri (PRNT) itu mula dikenali sebagai antara kuasa besar sukan negara, apabila memenangi pelbagai kategori di peringkat kebangsaan sejak beberapa tahun lalu.

Ini termasuk menjuarai piala Agong pada tahun 2019 dan terus mengekalkan kejuaraan terbuka lelaki tujuh sebelah kebangsaan 2022, baru-baru ini di Ipoh, Perak.

(Dr Hazmuhaimin Hashim)

"Yang paling teruja kita mahu tunggu untuk Piala Agong ini. Kita hendak kekalkan kejuaraan. Kita tahu untuk dapatkan kemenangan itu memerlukan masa yang agak lama. Jadi apabila kita menang tahun yang lalu tu, kita mahu kekalkan kejuaraan itu. Jadi di pihak Klinik Perubatan Hijraa sendiri kita akan terus menyokong pasukan Ragbi negeri Terengganu," kata Dr Hazmuhaimin di sini.

Doktor Hazmuhaimin berkata demikian pada majlis Kesyukuran Meraikan Kejayaan pasukan ragbi tujuh sebelah lelaki dan bawah 21 tahun wanita baharu-baharu ini, yang disempurnakan Timbalan Yang Dipertua PRNT, Che Mohd Zulkarnain Abdul Wahab di Dataran Rimba, di sini.

Selaku penaja, pihaknya juga amat berbangga dengan prestasi pasukan ragbi Terengganu, yang kini telah melahirkan ramai pemain yang berbakat khususnya dalam kalangan anak muda.

Media Baharu