JOHOR BAHRU, 12 Oktober - Skuad Hoki Remaja Kebangsaan memulakan kempen edisi kali ini dengan langkah kiri, selepas tunduk 2-7 ke atas bekas juara, Pakistan, petang tadi.
Pakistan membuka langkah kanan perlawanan pada suku pertama dengan menjaringkan gol seawal minit ke tiga menerusi pukulan pemain, Sufyan Khan.
Malaysia kemudiannya bangkit menyamakan kedudukan pada suku kedua, hasil pukulan Ammar Abdul pada minit 20 sebelum pukulan Sufyan Khan dan Hannan Shahid, meletakkan Pakistan kembali dihadapan.
Pakistan menambah dua mata lagi pada suku ketiga perlawanan, sebelum Azimuddin Kamaruddin memukul masuk gol pada minit 35, namun Khan Nadeem dan Fayyaz Hamza mengunci keputusan perlawanan.
Ketua Jurulatih Malaysia, Nor Saiful Zaini berkata, prestasi anak-anak buahnya yang tidak mampu bermain secara terbuka menjadi antara faktor utama kekalahan itu.
"Kita kena berhadapan dengan tiga perlawanan lagi, selepas pelawanan Pakistan ini nak tengok sejauh mana lagi yang kita boleh bertahan, dengan cara inilah, tetapi kita tidak boleh bermain cara lama, tunggu tengah padang ni, ini bukan permainan hoki yang sebenarnya, kita kena keluar daripada kawasan kita", katanya selepas perlawanan di sini, hari ini'.
Selain itu, serangan balas daripada Skuad Pakistan, turut menggagalkan peluang skuad negara untuk membuat serangan.