fb fb fb fb fb

Shah Firdaus menang gangsa Keirin

(Muhammad Shah Firdaus Sahrom (kanan) meraihkan kejayaan memenangi gangsa pada Sukan Komanwel
Birmingham 2022 di Lee Valley Velo Park, London/BERNAMA)

LONDON, 31 Julai- Penantian selama lapan tahun skuad berbasikal negara untuk memenangi pingat acara Keirin di Sukan Komanwel berakhir apabila
Muhammad Shah Firdaus Sahrom berjaya meraih gangsa.

Kejayaan pelumba berusia 26 tahun itu mengulangi pencapaian jaguh trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang di Glasgow, Scotland pada edisi 2014.

Pingat emas Sukan Komanwel di Birmingham tahun ini milik Nicholas Paul dari Trinidad & Tobago manakala perak dimenangi pelumba Scotland, Jack Carlin.

Josiah Ng adalah pelumba negara terakhir merangkul pingat emas iaitu pada edisi ke-19 di New Delhi pada 2010.

(Muhammad Shah Firdaus Sahrom)

Media Baharu