PARIS, 11 Ogos- Pelumba keirin negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom terpaksa akur pulang tanpa pingat di Olimpik Paris 2024.
Dalam aksi final di Velodrom Saint Quentin en Yvelines, Shah Firdaus dilihat berada pada kedudukan yang baik untuk meraih gangsa, namun beberapa meter sebelum garisan penamat, dia terlibat dalam pelanggaran dengan dua lagi pelumba.
Sekali gus menyaksikan dia menduduki tempat ke-4 keseluruhan.
Pingat emas milik Harry Lavreysen dari Belanda, manakala dua wakil Australia, Matthiew Richardson dan Matthiew Glaetzer masing-masing meraih pingat perak dan gangsa.