fb fb fb fb fb

Shah Firdaus fokus Kejohanan Berbasikal Trek Dunia 2022

SEPANG, 5 Ogos- Pelumba berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom tekad mengekalkan momentum cemerlang pada Kejohanan Berbasikal Trek Dunia Oktober depan.

Jelas beliau, kejohanan dunia bakal menjadi medan persediaan terbaik dalam misi layak ke Sukan Olimpik Paris 2024.

"Jadi harapannya saya nak 'go one step at the time', saya nak layakkan diri ke final dulu, and dekat final itu nanti kita lihatlah apa yang berlaku," katanya.

Dalam masa sama, beliau berharap dapat menyertai lebih banyak kejohanan kompetitif seperti disertai beliau semasa menjalani latihan di Australia.

"Kalau dekat Australia memang setiap minggu 'coach' akan cakap okay, minggu ini kita ada 'race', ia macam saya cakap dekat' state level' pun dah sama macam 'national level' dia punya laju dia kan. Kalau di sini pula banyak kita kena buat 'move' sendiri, orang tunggu kita," ujarnya lagi.

Kejayaan Shah Firdaus memenangi gangsa acara keirin pada Sukan Komanwel 2022 menamatkan penantian lapan tahun negara meraih pingat dalam acara itu.


(Shah Firdaus memenangi gangsa acara keirin pada Sukan Komanwel 2022)

Kali terakhir Malaysia memenangi pingat dalam acara keirin ialah menerusi penyertaan Datuk Mohd Azizulhasni Awang yang merangkul gangsa pada 2014 di Glasgow.

Sementara itu, Datuk Azizulhasni Awang akui kejayaan Shah Firdaus membuktikan pelumba berusia 26 tahun itu kini telah berada di tahap prestasi terbaik.

Menerusi catatan di laman sosial peribadinya, beliau optimis Shah Firdaus mampu melakar kejutan dalam penyertaan Sukan Olimpik Paris 2024.

Jelas Azizulhasni, memenangi pingat pada Komanwel bukan satu tugas mudah kerana tahap persaingan yang cukup tinggi daripada semua pelumba.


(Datuk Azizulhasni (kanan) dan Shah Firdaus / Foto Fail) 

Media Baharu