fb fb fb fb fb

Sepak Takraw Piala Asia: Malaysia berdepan Thailand dalam saingan akhir

Foto FB PSM

KUALA LUMPUR, 15 Mei- Regu negara mara ke perlawanan akhir Kejohanan Sepak Takraw Piala Asia 2025 selepas menyingkirkan Vietnam 2-0 pada aksi separuh akhir di Stadium Titiwangsa, di sini hari ini.

Skuad bimbingan jurulatih Ahmad Mohd Zain seterusnya bakal berdepan musuh tradisi, Thailand, yang sebelum ini menewaskan India 2-0 dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Pertembungan akhir antara Malaysia dengan Thailand dijadualkan berlangsung malam ini.

Terdahulu, trio negara yang terdiri daripada Mohammad Syahir Rosdi selaku tekong, Farhan Adam (pengumpan), dan Mohamad Azlan Alias (perejam) jelas membuktikan keunggulan mereka apabila memenangi set pertama dengan keputusan 15-8.

Pada set kedua, Muhammad Haziq Hairul Nizam dimasukkan menggantikan Mohammad Syahir.

Walaupun Vietnam memberikan tentangan lebih hebat, regu negara tetap berjaya menamatkannya dengan kemenangan 15-10, sekali gus mengesahkan slot ke perlawanan akhir.

Berkongsi kejayaan itu, perejam utama pasukan regu negara, Mohamad Azlan Alias berkata, pasukannya kini berada dalam semangat yang tinggi dan tidak sabar untuk beraksi menentang Thailand dalam perlawanan akhir malam ini.

"Apa pun yang berlaku, perlawanan malam ini ibarat hidup atau mati bagi kami.

Kami akan bekerja lebih keras dan berikan segalanya demi memastikan kejayaan pasukan", katanya.

NIK MOHD HAFIZUL BAHARUDDIN

Hello