fb fb fb fb fb

Semangat baharu, MBC sedia gegar Liga Bola Keranjang Malaysia 2025

Jurulatih Kelab Bola Keranjang Melaka (MBC), Guganeswaran Batumalai

KUALA LUMPUR, 23 Jun - Kelab Bola Keranjang Melaka (MBC) menerima suntikan semangat baharu apabila mendapat tajaan daripada GPlex Realty bagi kempen Divisyen D, Liga Bola Keranjang Malaysia (MBL) bagi kategori Bawah 20 Tahun 2025.

Jurulatih MBC, Guganeswaran Batumalai berkata, tajaan tersebut secara tidak langsung akan meningkatkan motivasi pasukan untuk terus meraih keputusan positif dalam saingan musim ini.

"Selepas menjalani tempoh rehat dan pemulihan selama kira-kira tujuh hingga lapan bulan, kami berbesar hati memaklumkan bahawa lapan hingga sembilan pemain utama daripada skuad musim lalu kini telah pulih sepenuhnya.

Walaupun masih terdapat beberapa pemain yang sedang menjalani proses pemulihan atau mengalami kecederaan ringan, secara keseluruhannya, pasukan berada dalam keadaan yang cukup meyakinkan," katanya ketika ditemui media pada Majlis Pelancaran Kejohanan Bola Keranjang Malaysia 2025 Bawah 20 Tahun (B20) di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Pengarah Operasi GPlex Realty, Loh Sing Wei berkata, salah satu faktor utama syarikatnya memberi tajaan kepada MBC adalah kerana pasukan itu mampu menunjukkan contoh yang baik melalui disiplin, kerja berpasukan, kecemerlangan dan semangat juang melalui aktiviti sukan.

2306 SKN MBC BOLA KERANJANG 3Kelab Bola Keranjang Melaka (MBC) / Foto Facebook MBC Basketball Club

MUHAMMAD ASYRAF BIN MOHD ZUHAIRIE