fb fb fb fb fb

Santos bimbing Poland

(FOTO AFP)

WARSAW, 25 Januari-Selepas meninggalkan skuad kebangsaan Portugal, Fernando Santos bakal beralih arah membimbing pasukan Poland.

Perkara itu diumumkan Presiden Persatuan Bola Sepak Poland, Cezary Kulesza pada Isnin.

Menurut Kulesza, satu sidang media mengenai pelantikannya akan diadakan dalam masa terdekat.

Santos, 68 tahun melepas jawatannya bersama Portugal selepas pasukannya tumpas kepada Maghribi di peringkat suku akhir Piala Dunia 2022.

Tindakan beliau meletakkan kaptennya, Cristiano Ronaldo di bangku simpanan pada perlawanan itu dikritik hebat kerana dianggap menjadi punca kekalahan mereka.

Santos mula mengendalikan Portugal pada 2014 dan mengemudi pasukan itu dalam 109 perlawanan.

Pencapaian terbaiknya adalah membawa Portugal menjuarai kejohanan Euro dan memenangi saingan Liga Negara-negara musim 2018/2019.-AFP

 


(Fernando Santos diumumkan sebagai pengurus baharu Poland/ FOTO AFP)

Media Baharu