fb fb fb fb fb

Saingan LTdL 2024 memasuki peringkat kelima

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 3 Oktober-105 pelumba termasuk 17 wakil Malaysia meneruskan cabaran hadapi peringkat kelima perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024.

Saingan bermula di Menara berkembar Petronas (KLCC) menuju MITC, Ayer Keroh, Melaka sejauh 167.3 kilometer.

Laluan ini menawarkan tiga zon pecutan iaitu di Semenyih, Seremban dan Rembau.

Manakala perebutan mata zon pendakian tertumpu di Ampang, Bukit Hantu dan Bukit Mantin.

Pada saingan peringkat keempat dari Kuala Kubu Bharu ke Bentong, Pahang, semalam (Rabu), pelumba Tudor Pro Cycling, Arvid De Kleijn berjaya mengesahkan kejuaraan.

Manakala, Mohamad Nor Aiman Zariff muncul sebagai pelumba terbaik Malaysia mengakhiri saingan di kedudukan ke-25. 

Jersi hijau selaku pendahulu keseluruhan masih kekal menjadi milik Max Poole daripada pasukan DSM-Fermenich Post-NL. 

Pelumba JCL Team Ukyo,Matteo Malucelli turut kekal dengan jersi Oren selaku Raja Pecut.

Sementara itu, kejayaan di zon pendakian membolehkan Mario Aparicio Munoz bergelar penyarung baharu jersi Polka Dot selaku Raja Bukit.  

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD