fb fb fb fb fb

RTM bakal siar Piala Dunia 2022 - Annuar Musa

 

KUALA LUMPUR, 31 Januari- Kerajaan secara prinsipnya sudah bersetuju untuk Radio Televisyen Malaysia (RTM) berunding dengan ejen  dilantik  Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) bagi mendapatkan hak penyiaran bagi Piala Dunia 2022.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata keputusan rundingan itu akan diketahui dalam masa terdekat.

"Insya-Allah kita perlu sedikit masa lagi untuk memuktamadkannya (rundingan) tetapi sudah pasti RTM akan menjadi salah satu saluran yang akan menyiarkan World Cup 2022," katanya selepas melancarkan Majlis Kerjasama Tajaan Jakel dan RTM di sini hari ini. 

Beliau berkata demikian apabila ditanya pemberita mengenai perkembangan dalam mendapatkan hak penyiaran Piala Dunia 2022.

Untuk rekod, RTM menjadi penyiar rasmi kejohanan bola sepak dunia itu sejak 1974.

Media Baharu