fb fb fb fb fb

Ronaldo jaring gol ke-133, Portugal kalahkan Poland 3-1

Cristiano Ronaldo semasa aksi Liga Negara-Negara UEFA, Kumpulan A1 antara Poland dan Portugal di Stadium Nasional, Warsaw, Poland semalam/AFP

WARSAW, 13 Oktober- Cristiano Ronaldo menjaringkan gol ke-133 dalam karier antarabangsa ketika Portugal mengalahkan Poland 3-1 dalam aksi Liga Negara-Negara UEFA semalam.

Portugal mendahului 2-0 pada separuh masa pertama menerusi gol Bernardo Silva dan Ronaldo. Piotr Zielinski kemudian merapatkan jurang dengan menjaringkan gol untuk Poland pada minit ke-78.

Namun, gol sendiri Jan Bednarek pada minit ke-88 memastikan kemenangan 3-1 bagi Portugal.

Ronaldo, 39, telah menjaringkan gol dalam ketiga-tiga perlawanan Liga Negara-Negara musim ini.

Portugal kini bersedia menghadapi Scotland di Glasgow pada Selasa, manakala Poland akan bertemu Croatia di Warsaw pada hari sama.

Portugal mengumpul sembilan mata penuh dalam Kumpulan A1, tiga mata di hadapan Croatia yang mengalahkan Scotland 2-1. Sepanyol pula meraih kemenangan 1-0 ke atas Denmark menerusi gol Martin Zubimendi. -AFP

SITI AISHAH MD ISA