LONDON, 6 Januari-Bintang bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo menambah satu lagi trofi dalam kariernya, apabila dipilih pemenang Anugerah Maradona untuk Penjaring Gol Terbaik 2023.
Pemain berusia 38 tahun itu telah menjaringkan 54 gol tahun lalu, akan menerima anugerah itu pada majlis Anugerah Bolasepak Dubai Globe kali ke-14 pada 19 Januari ini.
Jurulatih Ronaldo, Luis Castro mahu pemain itu terus cemerlang dan pemenang lima kali Ballon d'Or itu bertekad mengulangi kejayaan pada tahun ini.
Ronaldo memenangi Anugerah Maradona dengan mengetepikan pencabar terdekatnya Kylian Mbappe, Harry Kane dan Erling Haaland.
Kane dan Mbappe ketinggalan di belakang penyerang Al-Nassr itu dengan hanya dua gol, dimana masing-masing menjaringkan 52 gol dan Haaland 50 gol.
Penjaring terbanyak sepanjang zaman dengan 873 gol keseluruhan itu, turut bersaing merebut anugerah Pemain Lelaki Terbaik, Pemain Timur Tengah Terbaik dan Pemain Kegemaran Peminat.