fb fb fb fb fb

Pulau Pinang dominasi Kejohanan Ping Pong Tunas Harapan Milo Malaysia ke-35

FOTO RTM

LABUAN, 2 November- Atlet pembangunan Pulau Pinang mengungguli Kejohanan Ping Pong Tunas Harapan Milo Malaysia ke-35, setelah merangkul johan empat daripada enam kategori lelaki dan perempuan yang dipertandingkan.

Pingat Emas Pulau Pinang diperoleh menerusi kategori beregu lelaki bawah 13 tahun, beregu perempuan bawah 13 tahun, perseorangan lelaki bawah 13-tahun serta perseorangan perempuan bawah 13 tahun.

Majlis perasmian penutupan dan penyampaian hadiah disempurnakan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Fadzilah Mahmud bertempat di Dewan Konvensyen Ujana Kewangan Labuan.

Hadir sama Timbalan Presiden Persatuan Ping Pong Malaysia, Edward Chua dan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Labuan, Mahanum Fauzi.

Lebih 200 atlet tunas berumur 10 hingga 13 tahun setiap negeri mengambil bahagian pada kejohanan empat hari itu.

Kejohanan bagi mencungkil bakat baharu bertujuan meningkat kualiti sukan ping pong negara.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE