fb fb fb fb fb

Program bakal Myfit@Motorsports peringkat Zon Selatan bakal dijadikan acara tahunan

JEMPOL, 11 Februari- Program Myfit@Motorsports Peringkat Zon Selatan berlangsung dengan jayanya bertempat di Litar Motocross Air Hitam, Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan.

Penganjur program, Darus Rashid berkata, perlumbaan motocross ini akan dijadikan sebagai acara tahunan kerana mendapat kerjasama yang baik daripada penduduk setempat.

Program ini merupakan kolaborasi antara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Motorsports Association Malaysia (MAM).

"Saya akan buat program ni acara tahunan dan mungkin dalam tiga,empat bulan selepas ini, saya akan buat ' event' lagi di Track Air Hitam ni sebab Alhamdulillah penduduk persekitaran kampung Air Hitam ni bekerjasama," katanya.


(Penganjur program Myfit@Motorsports, Darus Rashid)

Pelbagai kategori dipertandingkan antaranya Cubcross, CKD, Junior 5CC, Junior 65CC, Novice, dan Expert.

Penyertaan dibuka kepada peserta berusia seawal lapan tahun sehingga 65 tahun dan akan diasingkan mengikut kategori yang bersesuaian.

Dalam pada itu, pelumba motocross wanita kategori expert, Siti Nor Suhaida berharap agar kategori wanita akan disenaraikan pada perlumbaan Motorcross akan datang.

"Harapan saya begitu tinggi, sebab apa, kita pun dapat tahu tahun ni mana-mana 'race' jarang untuk adakan kategori Wanita. Bila kita tidak ada kategori wanita, lagilah pupus kita punya 'rider' wanita. Jadi, bila pupus, kita nak expose ke luar negara tu agak sukar," ujarnya.


(Pelumba motocross wanita kategori expert, Siti Nor Suhaida)

Media Baharu