IPOH, 4 Julai- Terengganu berjaya mempertahankan kejuaraan 2019 Kategori Lelaki Terbuka dalam merebut Piala Ung Khek Cheow selepas menewaskan Negeri Sembilan 19-0 pada perlawanan akhir Kejohanan Ragbi 7 Sebelah Kebangsaan 2022.
Perlawanan diadakan di Stadium Ragbi Perak dan Terengganu memperoleh 19 mata hasil tiga 'try' dan dua 'conversion'.
Mata Terengganu diperoleh menerusi 'try' dilakukan Mohamad Nasharuddin Ismail seawal minit ketiga, Mohd Fairuz Rahman pada minit ke 3.30 serta Muhd Halim Kassim pada minit ke 5.50, manakala dua conversion disempurnakan Mohd Fairuz.
Sementara itu, Dalam kategori Terbuka Wanita, Kedah berjaya menundukkan pasukan Selangor 17-5 hasil conversion dan tiga 'try'.
(Foto fail)
Aksi Lelaki Bawah 21 tahun, Johor menewaskan Selangor 21-12 manakala kategori Wanita Bawah 21 tahun, Terengganu mengalahkan Selangor 15-10 untuk muncul juara bagi kategori masing-masing.