fb fb fb fb fb

Piala Negara Afrika: Maghribi mula langkah kanan

FOTO AFP

RABAT, 22 Disember - Maghribi memulakan kempen Piala Negara Afrika (AFCON) dengan kemenangan 2-0 ke atas Comoros dalam perlawanan pembukaan Kumpulan A di Prince Moulay Abdellah Stadium, di sini pada Ahad.

Kedua-dua gol tuan rumah dijaringkan oleh Brahim Diaz dan Ayoub El Kaabi pada separuh masa kedua.

Pada perlawanan tersebut, Maghribi terlepas peluang untuk berada di depan selepas penalti Soufiane Rahimi pada separuh masa pertama diselamatkan penjaga gol Comoros, Yannick Pandor, pada minit ke-10.

Bersambung babak kedua, pemain Maghribi, Brahim Diaz membuka jaringan pada minit ke-55 hasil cantik dari Noussair Mazraoui.

El Kaabi memastikan kemenangan Maghribi dengan jaringan cantik menerusi tendangan overhead kick hasil hantaran Anass Salah-Eddine.

Kemenangan itu menyaksikan Maghribi mengekalkan rekod tanpa kalah kepada 19 kemenangan berturut-turut.

Jurulatih Maghribi, Walid Regragui, berpuas hati dengan persembahan anak-anak buahnya.

“Perlawanan berjalan seperti yang kami jangkakan kerana perlawanan pembukaan sentiasa sukar untuk tuan rumah dengan segala tekanan. Keputusan 2-0 memang wajar, dan kami sebenarnya boleh menjaringkan gol ketiga sekiranya tidak sedikit lengah pada lima minit terakhir. Objektif utama bukan untuk mempamerkan prestasi terbaik dalam perlawanan pertama," katanya.

Perlawanan itu disaksikan oleh 60,180 penonton, termasuk Putera Mahkota Morocco, Moulay Hassan, dan Presiden FIFA, Gianni Infantino.

Dalam aksi lain, perlawanan seterusnya dalam Kumpulan A menampilkan Mali menentang Zambia pada Isnin di Casablanca, manakala Kumpulan B menyaksikan Afrika Selatan menentang Angola di Marrakesh sebelum Mesir, juara tujuh kali yang diketuai Mohamed Salah, membuka kempen mereka menentang Zimbabwe di Agadir. -AFP

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD