DOHA, 16 Januari- Skuad negara bermula langkah kiri dalam aksi pembukaan kumpulan E pada Piala Asia 2023 Qatar selepas tewas 0-4 kepada Jordan di Stadium Al Janoub di sini.
Mahmoud Al-Mardi dan Musa Al-Taamari memberikan mimpi ngeri buat Harimau Malaya, apabila masing-masing meledak dua gol.
Gol pembukaan dijaringkan Al-Mardi pada minit ke-12 menerusi rembatan lencong menewaskan Syihan Hazmi.
Al-Taamari mengandakan jaringan pada minit ke-18 menerusi sepakan penalti selepas Yazan dikasari Al-Arab oleh Junior Eldstal.
Al-Mardi memastikan skuad kendalian Hussein Ammouta selesa mendahului pada babak pertama dengan tiga gol pada minit ke-32.
Pada babak kedua, Ketua Jurulatih, Kim Pan Gon membuat beberapa pertukaran antaranya memasukkan Safawi Rasid, Mohamadou Sumareh dan Akhyar Rashid untuk memperkuatkan barisan pertahanan.
Namun ia masih belum cukup menewaskan Yazid Abu Layla yang kental menjaga gawangnya.
Sebaliknya Al-Taamari berjaya menjaringkan gol keempat pada minit ke-85.
Jordan kini mendahului kumpulan E diikuti Korea Selatan yang menewaskan Bahrain sebelum ini.