fb fb fb fb fb

Real Madrid, juara Piala Super Sepanyol ke-13

Foto AFP

RIYADH, 15 Januari- Real Madrid julang gelaran juara Piala Super Sepanyol ke-13.

Jaringan hatrik Vinicius Jr di separuh masa pertama membantu pasukan menundukkan Barcelona 4-1, dalam aksi akhir di Riyadh, Arab Saudi.

Dalam pertembungan El-Clasico itu, Real menguasai permainan dan melenyapkan peluang juara tahun lalu, Barca.

Vinicius menjaringkan gol dengan dua percubaan jarak dekat pada minit ke-7 dan ke-10, sebelum Lewandowski mengurangkan defisit jaringan minit ke-33.

Vinicius kemudian kembali menjarakkan gol Real, dengan menyempurnakan sepakan penalti selepas dikasari pertahanan, Ronald Araujo.

Kemampuan Barca diuji apabila terpaksa beraksi dengan 10 pemain, selepas Araujo dilayangkan kad merah, minit ke 71.

Kemenangan bergaya Real dilengkapkan Rodrygo dengan gol keempat di babak kedua.- AFP

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM