fb fb fb fb fb

Piala Asia B-17: Malaysia menang tipis

(FOTO RTM)

BANGKOK, 22 Jun-Skuad bola sepak bawah 17 negara (B-17) menamatkan aksi terakhir kumpulan A dengan kemenangan tipis 2-1 keatas Laos semalam.

Keputusan itu bagaimanapun tidak mengubah nasib Malaysia yang gagal mara ke suku akhir selepas tewas pada dua perlawanan awal.

Dua gol Malaysia dalam pertemuan semalam dijaringkan Dainei Mat Disa pada minit ke-43 dan 78.

Skuad muda negara menamatkan saingan di tangga ketiga selepas hanya mengumpul 3 mata.

Secara keseluruhan Malaysia hanya mampu menjaringkan dua gol dalam tiga aksi kumpulan.

Anak buah Osmera Omaro tunduk 0-4 kepada Yemen dan tumpas 0-3 keatas Thailand.

Yemen bakal mengiringi Thailand selaku juara kumpulan mara ke peringkat suku akhir dijadualkan berlangsung pada Ahad.


(Aksi skuad B-17 negara ketika menentang Laos di Bangkok/FOTO RTM)

Media Baharu