(Pemain Barcelona, James Nnaji / REUTERS)
MADRID, 22 Jun- Barcelona pada Rabu mengecam serangan perkauman yang ditujukan kepada pemain Nigeria, James Nnaji ketika perlawanan akhir Liga Bola Keranjang Sepanyol ACB, kelab itu ke atas musuh ketat, Real Madrid.
Insiden itu berlaku ketika arena sukan Sepanyol bergelut dengan bantahan global yang dicetuskan oleh tindakan perkauman yang ditujukan kepada bintang bola sepak Real Madrid dari Brazil, Vinicius Jr.
"FC Barcelona mengutuk sekeras-kerasnya penghinaan perkauman yang dialami James Nnaji ketika aksi ketiga perlawanan akhir," kata Barcelona dalam satu kenyataan.
Visual ketibaan bas FC Barcelona di pusat WiZink di Madrid, menunjukkan beberapa penyokong tuan rumah melemparkan penghinaan kepada pemain Barcelona itu.
Menurut media tempatan, Nnaji menjadi sasaran penghinaan perkauman.
"Saya mahu bercakap tentang apa yang berlaku di sini dengan James Nnaji, saya amat kesal. Saya banyak mendengar tentang Vinicius dan kini kita yang perlu bercakap tentang apa yang berlaku," kata jurulatih bola keranjang Barcelona, Sarunas Jasikevicius.
"Ia perlu dihentikan sekarang. Ia tidak sesuai dan kami sangat marah mengenainya."
Barcelona menewaskan Real Madrid 93-82 pada Selasa selepas memenangi dua perlawanan pertama pada final untuk menjulang kejuaraan liga Sepanyol ke-20 kelab itu.-AFP
(Pemain Barcelona, James Nnaji / REUTERS)