fb fb fb fb fb

Hoki : 'Speedy Tigers' seri menentang Korea Selatan

(FOTO RTM)

INCHEON, 22 Jun-Skuad hoki lelaki negara memulakan kempen siri jelajah persahabatan dengan keputusan seri 2-2 menentang Korea Selatan di Pusat Latihan Jingcheon, Incheon semalam.

Dua gol negara disumbangkan Muhammad Firhan Ashaari seawal minit ke-3 dan ke-19 menerusi jaringan padang.

Korea Selatan bagaimanapun bangkit menyamakan kedudukan hasil gol daripada pukulan sudut penalti.

Kedua-dua pasukan mengharungi suku ketiga dan keempat perlawanan tanpa sebarang jaringan.

Aksi persahabatan itu merupakan satu daripada empat perlawanan diatur buat Malaysian Tigers sebagai persediaan menghadapi saingan Kejohanan Trofi Juara-Juara Asia (ACT) pada 3 hingga 12 Ogos ini di Chennai, India.

Sementara itu, Jurulatih skuad hoki lelaki negara, Arul Selvaraj berpuas hati dengan prestasi keseluruhan ditampilkan anak buahnya menentang Korea Selatan dalam aksi persahabatan pertama.

Menurut Arul, skuadnya mempamerkan displin permainan yang tinggi termasuk mengurangkan kesilapan individu.

"Walaupun kita bermain dengan struktur baharu, namun nampak kematangan dan keyakinan para pemain bagi 'build up'( membina) dan 'press'(menekan) (permainan) dan mencipta peluang bagi menjaringkan gol", katanya di sini.

Skuad negara akan menghadapi tiga lagi aksi persahabatan berdepan Korea Selatan pada 23, 25 dan 27 Jun ini.



(Ketua jurulatih hoki kebangsaan, Arul Selvaraj)

Media Baharu