fb fb fb fb fb

Gundogan sertai Barcelona

(FOTO AFP)

LONDON, 22 Jun-Pemain tengah Manchester City, Ilkay Gundogan bersiap sedia bagi menyertai Barcelona dengan perpindahan percuma menurut satu laporan pada Rabu.

Gundogan dipercayai telah ditawarkan tiga tahun kontrak dan dijangka melengkapkan perpindahan ke Barcelona setelah kontraknya bersama Manchester City tamat hujung bulan ini.

Manchester City dilaporkan bersedia menawarkan kontrak baharu selama setahun dengan pilihan sambungan selama 12 bulan.

Namun, perpindahan Gundogan ke Camp Nou didedahkan pada hari yang sama City bersetuju dengan perjanjian £30 juta (AS$38 juta) bagi menandatangani pemain tengah Chelsea, Mateo Kovacic.

Permainan versatil dan pengalaman Kovacic bakal membantu Manchester City mengimbangi kehilangan Gundagon yang berpengaruh sebagai pemimpin yang sering menjaringkan gol penting dan berperanan utama dalam skuad bimbingan Pep Guardiola selama ini.

Gundagon menjaringkan dua gol pada perlawanan akhir Piala FA ketika menentang Manchester United musim ini dan turut menjaringkan gol tunggal ketika menewaskan Inter Milan pada final Liga Juara.

Gundagon yang juga pemain antarabangsa Jerman telah bermain 51 perlawanan dengan menjaringkan 11 gol termasuk enam gol dalam tujuh perlawanan terakhirnya.

Bekas pemain Borussia Dortmund telah memenangi lima kejuaraan liga, dua Piala FA dan Liga Juara sepanjang tujuh tahun bersama Manchester City.

Guardiola yang mempunyai hubungan rapat dengan Gundagon kerana tinggal di pangsapuri mewah milik kelab berkenaan dilaporkan masih menginginkan agar pemain itu dikekalkan.

Namun, pengurusan Manchester City pula bersikap sebaliknya dengan membiarkan Gundagon ke Barcelona atas faktor usia.

Gundagon akan sentiasa diingati para penyokong Manchester City sebagai salah seorang pemain yang membantu kelab tersebut mencapai era kegemilangan.-AFP


(Pemain-pemain Manchester City ketika menjuarai Liga Juara menewaskan
Inter Milan/FOTO AFP)

Media Baharu