fb fb fb fb fb

Piala Asia: Anwar tiup semangat Harimau Malaya

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim/FOTO RTM

KUALA LUMPUR, 5 Januari-Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat maju jaya kepada skuad Harimau Malaya yang bakal mengharungi cabaran getir itu bermula 12 Januari depan.

Menerusi hantaran di laman Facebook, beliau menyifatkan para pemain yang berjaya menamatkan penantian 42 tahun Malaysia untuk layak secara merit ke Piala Asia dan bakal menggalas cabaran negara di Doha sebagai pejuang.

"Ini pejuang hebat pasukan Harimau Malaya bertarung sabar, kukuh semangat, istiqamah, 42 tahun kita menanti sekarang saudara-saudara bangkit sebagai pejuang dan bertarung.

"Kami mendoakan Insya-Allah akan mencapai kejayaan sekali lagi diucapkan selamat maju jaya , selamat berjuang kepada pasukan Harimau Malaya

Skuad Harimau Malaya bakal membuka saingan Kumpulan E menentang Jordan pada 16 Januari di Qatar.

Selain Jordan, Harimau Malaysia dijadual berdepan tugas getir apabila diundi dalam Kumpulan E bersama juara dua kali, Korea Selatan dan Bahrain.

Untuk rekod, kali terakhir Malaysia layak secara merit ke Piala Asia pada 1980 dan skuad Harimau Malaya pernah beraksi di pusingan akhir Piala Asia pada 2007, namun ketika itu mendapat tiket selaku tuan rumah.

Perlawanan Piala Asia 2023 akan disiarkan secara langsung di RTM bermula 12 Januari ini.

Sementara itu, Pemerhati bola sepak tempatan Datuk Dr Pekan Ramli mencabar skuad bimbingan Kim Pan Gon menjadi pasukan terbaik Asia Tenggara pada Piala Asia 2023 di Qatar.

Beliau berkata pentas Piala Asia adalah peluang keemasan untuk barisan pemain mengangkat kembali martabat bola sepak Malaysia dalam kalangan negara serantau.

Berdasarkan ranking dunia,Malaysia yang berada di posisi ke-130.

Pasukan Asia Tenggara ketiga terbaik di belakang Vietnam (94) dan Thailand (113).

Jelasnya setiap perlawanan penting dalam usaha untuk menjadi kelompok 120 terbaik dunia.

Bagaimanapun, beliau turut mengingatkan impak negatif sekiranya Malaysia mengalami kekalahan akan menjejaskan prospek dalam perjalanan fasa kedua ke fasa ketiga Pelan Hala Tuju FAM F:30.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD