fb fb fb fb fb

Persatuan Besbol Malaysia ingin perkasa pasukan wanita

SUBANG JAYA, 17 April- Persekutuan Besbol Malaysia(PBM) optimis memperkasakan pasukan wanita pada masa akan datang.

Presidennya, Sazali Husain menyatakan satu jawatan Naib Presiden Wanita akan ditubuhkan bagi mencapai objektif tersebut.

Menurut beliau Inisiatif itu berikutan pasukan wanita telah mula mendapat perhatian diseluruh dunia.

"Ini merupakan waktu tepat untuk memperkasakan sukan besbol tanah air, dalam masa sama mewujudkan satu jawatan yang akan memandang lebih serius isu-isu berkaitan,

"Kami memerlukan pengelibatan dan jawatankuasa dalam kalangan wanita untuk memberi fokus kepada perkembangan besbol wanita," katanya dalam satu sidang media selepas mesyuarat Agong tahunan PBM ke-22 di Subang Jaya.

(Presiden Persekutuan Besbol Malaysia,  Sazali Husain)

Mesyuarat bersetuju mengesyorkan beberapa pindaan antaranya pertukaran logo, struktur yuran keahlian dan melanjutkan mandat tahunan.

PBM turut menandatangani persefahaman bersama TIGA rakan korporat baharu bagi menstruktur semula kewangan persekutuan.

Media Baharu