fb fb fb fb fb

Permulaan cemerlang Tang Jie-Ee Wei di Terbuka Denmark

FOTO BERNAMA

KUALA LUMPUR, 14 Okt -Juara dunia Chen Tang Jie-Toh Ee Wei membuka gelanggang Terbuka Denmark 2025 dengan langkah kanan hari ini.

Pilihan keempat itu tidak berdepan masalah untuk mengetepikan cabaran wakil Taiwan Yang Po Hsuan-Hu Ling Fang 21-15, 219 untuk melangkah ke pusingan kedua kejohanan Super 750 berlangsung di Arena Jyske Bank.

Tang Jie-Ee Wei dijadualkan berdepan Gao Jia Xuan-Wu Meng Ying dari China, yang menewaskan Phuwanat Horbanluekit-Benyapa Aimsaard dari Thailand 21-12, 13-21, 21-17.

Terdahulu, beregu campuran profesional negara Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie turut mara ke pusingan kedua selepas menyingkirkan pasangan Taiwan, Ming Che Lu-Hung En -Tzu 21-14, 21-17.

Pilihan kelapan itu dijadualkan berdepan pemenang dalam pertemuan membabitkan gandingan tuan rumah Jesper Toft-Amalie Magelund dan Yuichi Shimogami-Sayaka Hobara dari Jepun. - BERNAMA

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD