fb fb fb fb fb

Perdana Menteri berjumpa Zii Jia dan Jin Wei

FOTO FB PM


KUALA LUMPUR, 27 Januari- Kemelut melibatkan pemain badminton, Lee Zii Jia dan Goh Jin Wei serta Persatuan Badminton Malaysia-BAM sejak seminggu lalu mendapat perhatian Perdana Menteri.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sempat meluangkan masa bertemu dengan kedua-dua pemain berkenaan di Putra Perdana tengah hari tadi.

Turut hadir pada pertemuan tersebut adalah Presiden BAM, Tan Sri Dr. Mohamad Norza Zakaria.

Menerusi hantaran di laman Facebook rasmi beliau, Datuk Seri Ismail Sabri menyatakan kemelut tersebut telah pun selesai.

Beliau turut berharap sukan badminton negara terus cemerlang di pentas dunia, dan Jalur Gemilang kembali berkibar di luar negara.

Jumaat lepas, BAM mengumumkan untuk tidak mendaftarkan Zii Jia dalam sebarang kejohanan selama duatahun selepas membuat keputusan ingin bergerak secara profesional.

Ini sekali gus menimbulkan kritikan dari pelbagai pihak, dalam dan luar negara.

Bagaimanapun kelmarin, BAM telah mengesahkan untuk 'merestui' hasrat pemain itu untuk bergerak sendiri.

Isu tersebut turut menyaksikan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu turun padang bertemu sendiri kedua-dua pemain berkenaan.

Zii Jia dan Jin Wei telah pun menghantar rayuan kepada BAM dan keputusannya dijangka akan diumum minggu depan.

Media Baharu