fb fb fb fb fb

Pemain tempatan miliki potensi besar - Presiden UiTM FC

(FOTO FB UiTM FC)

SHAH ALAM, 5 Oktober - 'Pemain tempatan sememangnya miliki potensi besar'.

Perkara itu dinyatakan Presiden UiTM FC, Prof. Dr. Mohd. Sazili Shahibi ekoran kejayaan skuad kendalian Ismail Ibrahim mara ke saingan Piala Malaysia 2022 secara merit.

Lebih cemerlang skuad 'The Lion Troops' musim ini dibarisi sepenuhnya pelajar UiTM FC tanpa khidmat pemain import.

"Jadi sebagai sebuah universiti yang hanya diwakili oleh pelajar-pelajar universiti, saya melihat ini sebagai satu kejayaan yang memberangsangkan dan kita berharap pelajar-pelajar kita dapat mencapai kejayaan yang cemerlang," kata beliau ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah Karnival Sukan Mahasiswa (Karisma) di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, di sini hari ini.


(Presiden UiTM FC, Prof. Dr. Mohd. Sazili Shahibi ditemu bual media selepas Majlis Perasmian Penutup
dan Penyampaian Hadiah Karnival Sukan Mahasiswa (Karisma) di UiTM Shah Alam)  

Selain UiTM FC, Kelantan FC, Kuching City FC, Kelantan United FC, PDRM FC turut layak selaku wakil dari Liga Perdana.

Piala Malaysia musim ini tidak lagi akan menggunakan format saingan kumpulan, sebaliknya cabaran akan bermula di pusingan 16 pasukan secara timbal balik.

Media Baharu