KUALA LUMPUR, 24 Julai - Pelaksanaan Akademi Mokhtar Dahari (AMD) sebagai komponen penting dalam Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) di bawah kendalian Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) masih belum dimuktamadkan.
Pelaksanaan Akademi Mokhtar Dahari (AMD) sebagai komponen penting dalam Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) di bawah kendalian Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) masih belum dimuktamadkan.
Menurut beliau, hasrat kementerian adalah untuk memastikan NFDP diterajui oleh pihak yang paling relevan, iaitu FAM selaku badan induk yang bertanggungjawab terhadap pembangunan dan pengurusan bola sepak negara.
Pendekatan ini adalah selaras dengan fungsi utama Majlis Sukan Negara (MSN) yang seharusnya memberi tumpuan kepada pembangunan sukan berprestasi tinggi secara menyeluruh, dan tidak hanya tertumpu kepada satu jenis sukan sahaja, seperti bola sepak.
"Namun, bagi Akademi Mokhtar Dahari (AMD), kita kini sedang menilai semula pelaksanaan Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) di bawah seliaan Majlis Sukan Negara (MSN). Perbincangan sedang berlangsung bersama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk melihat bagaimana FAM boleh memainkan peranan yang lebih besar di AMD.
"Hasrat saya adalah agar MSN memberi tumpuan sepenuhnya kepada pembangunan sukan berprestasi tinggi secara menyeluruh, memandangkan MSN bertanggungjawab terhadap pelbagai jenis sukan. Justeru itu, bagi sukan bola sepak, adalah lebih wajar sekiranya tanggungjawab ini diserahkan dan diuruskan sepenuhnya oleh FAM.
"Sehubungan itu, perbincangan antara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan FAM telah pun dimulakan, namun masih belum dimuktamadkan, bagi meneliti mekanisme penyerahan pelaksanaan NFDP daripada MSN kepada FAM," katanya selepas melancarkan Liga Wanita Nasional (LWN) di sini, hari ini.
Mengulas mengenai isu pembiayaan, beliau menjelaskan bahawa kekangan bajet merupakan cabaran yang turut dihadapi oleh semua jenis sukan.
Sehubungan itu, kementerian kini sedang meneliti keperluan tenaga kerja serta pembahagian dana di bawah Majlis Sukan Negara (MSN) bagi memastikan agihan yang adil dan saksama kepada semua jenis sukan, termasuk sukan Olimpik.
"Selalunya, sukan-sukan lain akan mempersoalkan mengapa agihan peruntukan tidak adil dan mengapa hanya bola sepak diberikan keutamaan.
Oleh itu, di bawah pengurusan Majlis Sukan Negara (MSN), kita telah mewujudkan dana khas bagi pembangunan sukan-sukan Olimpik. Pengurusan dana ini juga telah diserahkan kepada pihak yang berkepakaran dan berkaitan," katanya.
Beliau optimis bahawa dana melalui Geran Padanan Sukan dan Dana Sukan Komuniti yang diperuntukkan kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sedang ditambah baik.
Ini termasuk usaha memperkemas syarat-syarat permohonan agar kriteria yang ditetapkan adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk memperkukuh penganjuran pertandingan sukan di semua peringkat.