fb fb fb fb fb

PARA SUKMA KE-21: Sarawak sasar 15 pingat emas sukan renang

Foto RTM

KUCHING, 5 September - Sarawak menyasarkan untuk menuai sekurang-kurangnya 15 pingat emas menerusi sukan renang Para SUKMA ke-21 Sarawak 2024 yang akan berlangsung pada hujung bulan ini.

Ia menerusi 51 acara renang yang akan disertai oleh atlet para Sarawak, kata Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti negeri, Datuk Seri Fatimah Abdullah.

Sukan renang para menawarkan 60 pingat dan melibatkan tiga kategori, dengan kem negeri itu menyandarkan harapan pingat kepada lima atlet kategori penglihatan, kategori fizikal (13) dan tujuh atlet termasuk dua wanita dalam kategori intelektual .

Pada temasya Para SUKMA ke-20 yang lalu, Sarawak memperoleh enam pingat emas dari "kolam renang".

Fatimah yang juga Menteri bertanggungjawab temasya Para SUKMA ke-21 berkata kepada pemberita selepas melawat atlet para menjalani latihan di Pusat Akuatik Pandalela Rinong, Petra Jaya di sini, hari ini.

Para SUKMA ke-21 di Sarawak akan berlangsung dari 22 hingga 28 September ini.

Trainee2