fb fb fb fb fb

PAG 2022: Abdul Latif Romly sumbang emas keempat negara

Jaguh Lompat Jauh, Datuk Abdul Latif Romly

HANGZHOU,24 Oktober -Jaguh lompat jauh para negara, Datuk Abdul Latif Romly menghadiahkan emas keempat buat kontinjen negara sekali gus melengkapkan koleksi kilauan pingat ketiga berturut-turutnya di temasya empat tahun sekali itu, di sini hari ini.

Pada aksi di Stadium Pusat Sukan Huanglong, pemenang pingat emas dua kali Sukan Paralimpik 2016 dan 2020 itu, melakukan lompatan terbaiknya pada percubaan keempat dengan 7.18 meter (m), selepas melakukan 7.08m pada percubaan pertama bagi acara lompat jauh lelaki T20 (kecacatan fizikal).

Mengiringi kejayaan podium, rakan senegara Zulkifly Abdullah yang meraih gangsa dengan lompatan terbaiknya 6.48 meter, dilakukan pada percubaan keempat selepas melakukan 5.91 meter pada percubaan ketiga.

Sementara itu, pingat perak diraih wakil Arab Saudi Hassan Nasser Dawshi, yang melakukan lompatan 6.80 meter pada percubaan keduanya

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD