fb fb fb fb fb

O’Connor kembali perkuat Wallabies hadapi British & Irish Lions

James O’Connor / Foto AFP

SYDNEY, 11 Julai – Australia memanggil semula flyhalf berpengalaman, James O’Connor bagi menghadapi siri tiga ujian menentang British & Irish Lions, selepas Noah Lolesio disahkan tersingkir akibat kecederaan leher.

Ketua jurulatih Joe Schmidt mengesahkan Lolesio perlu menjalani pembedahan leher selepas mengalami whiplash dalam kemenangan ke atas Fiji minggu lalu, membuka ruang buat O’Connor, 35, untuk tampil semula dalam siri berprestij itu.

O’Connor sebelum ini menjadi pilihan utama pada siri menentang Lions 2013, apabila Australia tewas 1-2.

1107 SKN LNR RUGBY LIONSJames O’Connor

Turut kembali dalam skuad ialah Will Skelton (lock) dan Rob Valetini (pemain belakang bebas), yang diketepikan sebelum ini kerana kecederaan betis.

Sementara itu, hooker Dave Porecki juga tersenarai meskipun mengalami gegaran otak dalam perlawanan terakhir menentang pasukan Kepulauan Pasifik.

Harry Wilson, yang telah menyarung lilitan ketua pasukan dalam tiga perlawanan terakhir, termasuk aksi menentang Fiji, belum disahkan sebagai kapten untuk siri kali ini.

Schmidt berkata pelantikan kapten akan dibuat selepas kepastian diperoleh berkenaan kesediaan pemain untuk diturunkan.

Siri ujian menentang Lions dijadual bermula di Brisbane pada 19 Julai. -REUTERS

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN